Isnin, 9 Mac 2009

PEMERIKSAAN PERGIGIAN

Pihak Klinik Pergigian Kota Tinggi akan memulakan tugasan memeriksa dan memberikan perkhidmatan yang bersesuaian dengan permasalahan berkaitan dengan gigi para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaaan Laksamana. Oleh yang demikian saya berharap semua pelajar akan memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan.

Pihak yang berkenaan akan memperuntukkan masa selama dua minggu iaitu pada minggu ini dan seminggu selepas cuti. Jika berjalan dengan lancar mereka akan dapat menghabiskan tugasan mereka di sekolah ini tepat pada waktunya.

Sekian terimakasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan