Rabu, 29 April 2009

UCAPAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR

Saya sebagai wakil kepada Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan, Keceriaan Sekolah dan Kemudahan Termasuk Air, Elektrik dan Tandas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru tingkatan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai tahap kebersihan dan keceriaan kelas yang tinggi. Oleh yang demikian selepas perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah maka keputusan berikut telah diambil :-

1. papan kenyataan yang disediakan didalam kelas dibahagikan kepada dua iaitu sebelah kanan kelas dikendalikan oleh pelajar sesi pagi dan sebelah kiri dikendalikan oleh pelajar sesi petang. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang permasalahan.

2. jika berlaku sebarang masalah ia hendaklah dilaporkan secara bertulis atau hantarkan email kepada pihak jawatankuasa di amirulabdullah03@yahoo.com.

3. penilaian papankenyataan akan dibuat berdasarkan kepada pembahagian kawasan dalam kelas tetapi untuk kebersihan ia melibatkan penilaian secara keseluruhan.

4. Jika berlaku sebarang kerosakan kepada kemudahan yang disediakan maka adalah menjadi tanggungjawab guru dan pelajar kelas tersebut membaikinya.

Sekian terima kasih.

Rabu, 22 April 2009

PERTIKAIAN DIANTARA PELAJAR SESI PAGI DAN PETANG

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, saya berharap anda tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak memberikan faedah kepada anda semua. Sebarang pertikaian yang timbul perlu dirujuk secara terus kepada saya supaya semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
Kepada rakan-rakan guru yang menjadi guru tingkatan, jadilah orang tengah diantara para pelajar supaya semua perkara berbangkit dapat diselesaikan dengan baik. Kepada pelajar Tingkatan 3 WUM satu perjumpaan akan diadakan dengan Setiausaha J/K Keceriaan Dan Kebersihan Kelas akan diadakan pada hari Selasa 28 April 2009.