Selasa, 17 Februari 2009

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

PROGRAM : KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

1.0. PENGENALAN

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1 ulasan:

  1. Pertandingan Keceriaan dan kebersihan memberi impak ke arah yang jelas..

    BalasPadam