Rabu, 29 April 2009

UCAPAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR

Saya sebagai wakil kepada Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan, Keceriaan Sekolah dan Kemudahan Termasuk Air, Elektrik dan Tandas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru tingkatan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai tahap kebersihan dan keceriaan kelas yang tinggi. Oleh yang demikian selepas perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah maka keputusan berikut telah diambil :-

1. papan kenyataan yang disediakan didalam kelas dibahagikan kepada dua iaitu sebelah kanan kelas dikendalikan oleh pelajar sesi pagi dan sebelah kiri dikendalikan oleh pelajar sesi petang. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang permasalahan.

2. jika berlaku sebarang masalah ia hendaklah dilaporkan secara bertulis atau hantarkan email kepada pihak jawatankuasa di amirulabdullah03@yahoo.com.

3. penilaian papankenyataan akan dibuat berdasarkan kepada pembahagian kawasan dalam kelas tetapi untuk kebersihan ia melibatkan penilaian secara keseluruhan.

4. Jika berlaku sebarang kerosakan kepada kemudahan yang disediakan maka adalah menjadi tanggungjawab guru dan pelajar kelas tersebut membaikinya.

Sekian terima kasih.

Rabu, 22 April 2009

PERTIKAIAN DIANTARA PELAJAR SESI PAGI DAN PETANG

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, saya berharap anda tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak memberikan faedah kepada anda semua. Sebarang pertikaian yang timbul perlu dirujuk secara terus kepada saya supaya semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
Kepada rakan-rakan guru yang menjadi guru tingkatan, jadilah orang tengah diantara para pelajar supaya semua perkara berbangkit dapat diselesaikan dengan baik. Kepada pelajar Tingkatan 3 WUM satu perjumpaan akan diadakan dengan Setiausaha J/K Keceriaan Dan Kebersihan Kelas akan diadakan pada hari Selasa 28 April 2009.

Jumaat, 13 Mac 2009

TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH SMK LAKSAMANA


Pihak sekolah telah membina sebuah tempat pembuangan sampah di tepi kawasan pagar sekolah yang berhampiran dengan TNB. Dengan pembinaan ini diharapkan sampah sarap yang dibuang tidak akan diselongkar lagi oleh binatang seperti anjing dan monyet.

Melalui pembinaan tempat pembuangan sampah ini, pihak sekolah berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil sampah tetap pada waktunya dan juga memudahkan pihak yang berkenaan.

GAMBAR KECERIAAN KELAS YANG BAIK











Khamis, 12 Mac 2009

CADANGAN

A,kum. Kepada semua pelayar blog ini anda amat dialu-alukan untuk memberikan cadangan berkaitan dengan keceriaan, keselamatan dan kesihatan. Cadangan anda boleh di emailkan kepada amirulabdullah03@yahoo.com.

Sebarang komen atau cadangan akan dibawa ke mesyuarat dengan pentadbir sekolah supaya mendapat kelulusan sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan.

Kerjasama pihak tuan /puan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Selasa, 10 Mac 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKSAMANA, SKPG
JALAN BUKIT SRI LALANG, Kod : JEB. 3043
PETI SURAT 74, Telefon : 07-8831303
81907 KOTA TINGGI, Faksimili : 07-8831853
JOHOR DARUL TA’ZIM e-mel : smk_laksamana@yahoo.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj. Tuan :
Ruj Kami : JEB3043 / 03 / 03 /002
Tarikh : 10 MAC 2009

Kepada,

YANG BERKENAAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELENGGARAAN BANGUNAN, KECERIAAN SEKOLAH DAN KEMUDAHAN TERMASUK TANDAS, AIR DAN ELEKTRIK

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PERABOT SEKOLAH


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut :-

Tarikh : akan dimaklumkan
Hari : ISNIN
Masa : 1.10 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

3. Agenda Mesyuarat

3.1. Ucapan Tuan Pengetua
3.2. J/K Penyelenggaraan Bangunan, Keceriaan Sekolah dan Kemudahan
Termasuk Tandas, Air dan Elektrik
3.2.1. Laporan dari Pengurus Blok
3.2.2. Laporan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas
3.2.3. Pembahagian Pengendalian Program
3.3. J/K Pengurusan Perabot Sekolah
3.3.1. Laporan Pengursan Perabot
3.3.2. Pembahagian Tugas mengikut Kawasan
3.4. Ha-hal lain


4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


………………………………………….
Md Din Bin Hussien
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana
Kota Tinggi, Johor



JAWATANKUASA PENYELENGGARAAN BANGUNAN, KECERIAAN SEKOLAH DAN KEMUDAHAN TERMASUK ELEKTRIK, AIR DAN TANDAS


PENGERUSI : EN. MOHD DIN BIN HUSSIEN
TIMBALAN PENGERUSI : TN HJ SULOR BIN MINGGAN
NAIB PENEGRUSI 1 : PN RUZIATI BTE MOHD YUSOFF
NAIB PENGERUSI 2 : EN FARZELI CHE MAT MUSTAPHA
NAIB PENGERUSI 3 : TN HJ ABD RAHMAN DOLLAH
SETIAUSAHA : EN. NUR AMIRUL IZALY LYE ABDULLAH
AJK : EN. M HISYAMUDDIN KAMARAZAMAN
EN. KASSIM SATHIMAN
EN WAN YAZID WAN MOHD YUSOF
EN MOHD HELMI RAMLI
EN VIJAYA SHANKER A/L NILAWANI
EN KAMSON KASSAN
EN MOHD SHUKRY RAHIM
EN MOHD ZAIN SAPUAN
( KETUA BIDANG BAHASA )
TN HJ NORAZMAN MOHD NOR
(KETUA BIDANG TEKNOLOGI & VOKASIONAL)
PN NORHAYATI OTHMAN
(KETUA BIDANG SAINS KEMASYARAKATAN)
EN AZIZ BIN OSMAN
(KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK)


JAWATANKUASA PENGURUSAN PERABOT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKSAMANA
KOTA TINGGI, JOHOR





PENGERUSI : EN. MOHD DIN BIN HUSSIEN
TIMBALAN PENGERUSI : TN HJ SULOR BIN MINGGAN
NAIB PENEGRUSI 1 : PN RUZIATI BTE MOHD YUSOFF
NAIB PENGERUSI 2 : EN FARZELI CHE MAT MUSTAPHA
NAIB PENGERUSI 3 : TN HJ ABD RAHMAN DOLLAH

SETIAUSAHA : EN. NUR AMIRUL IZALY LYE ABDULLAH

PENOLONG SETIAUSAHA : EN WAN YAZID BIN WAN MD YUSOF

AHLI JAWATANKUASA : EN. NORWANIDI BIN HASSAN

EN. KASSIM BIN SATHIMAN

EN. JEFRI BIN TUMIRIN
TN HJ MAZLAN BIN HAMZAH

Isnin, 9 Mac 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

PEMENANG

MINGGU KE 9 : 2 MAC 2009 HINGGA 6 MAC 2009

SESI PAGI

TINGKATAN 1 WUM
TINGKATAN 3 WUM
TINGKATAN 4 UM
TINGKATAN 5 USM

PIHAK JAWATANKUASA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA KELAS YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH. BAGI KELAS YANG KALAH TERUSKAN USAHA ANDA SUPAYA PADA MINGGU HADAPAN KELAS ANDA PULA AKAN MEMENANGI PERTANDINGAN INI.